18 August 2012

Terima Kasih Opah.



  •  Dulu time kecik2, stiap kali cuti sekolah ummi abuya mesti hantar ktorg adik beradik ke rumah opah duduk sana.
  • Walaupun umur opah dh 70 lbih time tu, opah masih lg cergas layan karenah ktorg adik beradik walaupun ktorg terlampau hyperactive time tu.
  • Setiap kali ktorg adik beradik bergaduh (biasalah adik beradik laki ramai), opah la yg selalu leraikan dan selalu marah ktorg stiap kali ktorg brgaduh.
  • Kalo terjaga lpas subuh, msti slalu trdengar opah baca Al-Quran dan kdg2 trdengar jgk mesin jahit opah nk siapkan baju customer.
  • Tiap2 malam opah selalu ajar ktorg ngaji. Aku ingat lagi ktorg adik beradik mmg pelat ckp 'R' time tu. Opah jgk lah yg gigih suruh ktorg sbut btul2.
  • Stiap kali ktorg dh abis tolong basuh pasu dan kolam kt umah opah. Opah selalu bg upah 50 sen kt ktorg.
  • Opah selalu bawak ktorg pergi kedai jahit opah kt Slim River. Kat situ lah ktorg blanjakan duit upah tu beli mcm2. Dan antaranya rantai dompet yg aku still pkai smpai skarang ni.
  • Dikala budak2 zaman skarang dgn ipad-nya, fb-nya, twitter-nya. Ktorg dulu2 slalu diajak opah tolong dia bersihkan kebun. 
  • Stiap kali musim rambutan, opah ajak ktorg petik pkai galah panjang tu. Takpun ktorg panjat pokok tu amek rambutan. Ktorg prnah siap halau monyet2 pkai mercun ketupat tau.
  • Stiap pagi opah buatkan air milo utk ktorg. Bila ktorg abis mnum jer, opah calit ibu jari kt ibu jari ktorg tandanya bagus dpt minum smpai abis. Dari dulu lg opah dh ajar jgn membazir.
  • Time aku form 2, opah bwak ktorg 1 family pergi jalan2 kat Indonesia beraya kat kampung asal dia. Tu la pngalaman pertama aku pergi beraya kt negara orang.
  • Opah sgt sayangkan cucu2 dia terutama cucu yg dari generasi pertama. Aku, Izzad, Aiman, Syamil, Kakak, Ada dan Ina. 
  • Setiap tahun ktorg akan sambut raya pertama kat rumah opah.
  • Opah selalu jgk dtg lawat rumah ktorg dan tinggal dgn ktorg. Luangkan masa bersama kami sekeluarga.
  • Time cuti summer tahun lpas, aku smpat sembang2 dgn opah. Dan antara topik yg menarik psal calon bini dan jodoh. Maybe sbb opah tak sabar nk tgk cucu2 dia kawen. Maklum lah, aku dgn Kakak la cucu dia yg pling tua. cucu2 dia plak smua masih bujang lg. Minta maaf opah sbb tak dpt tunaikan hajat opah buat masa ni.
  • Opah slalu request kat aku dgn Syamil supaya bawak dia pergi jalan2 kat Mesir suatu hari nnti. Sekali lagi ktorg mnta maaf. Bak kata Syamil, itulah permintaan dia yg terakhir.
  • Kali terakhir aku salam dan peluk opah time opah ikut hantar aku ke KLIA blik mesir time cuti summer taun lpas. Opah selalu pesan blajar rajin2 dan tunaikan harapan ummi dgn abuya selagi mereka masih ada.
  • Tanggal 18 Ogos 2012 bersamaan 29/30 Ramadhan 1433H. Opah telah meninggalkan kami semua dalam keadaan tenang ketika tidur. 
  • Raya kali ni mkin suram dgn pemergian opah. Memang nmpak berbeza tahun ni compare dgn taun2 sblum ni. Mmg tak sangka perpisahan dgn opah di KLIA taun lpas merupakan perpisahan yg terakhir buat selama2 nya.
  • Terima kasih atas segala2 nya opah. Dari kecil opah mnjaga dan mendidik ktorg smpai la sekarang. Segala kenangan ktorg dgn opah sentiasa ada dlm ingatan kami cucu2 opah.
  • Selamat Hari Raya opah. Maafkan segala salah silap Fayad dari kecik2 dulu smpai la skarang. Semoga opah berbahagia di sana.
  • Al-Fatihah.

2 comments: