Showing posts with label mesir. Show all posts
Showing posts with label mesir. Show all posts

20 January 2013

Berjimba-jimba Edisi Winter Break

Salam percutian musim sejuk semua.

Ok. Aku rasa aku berjaya mencatat rekod baru. 2 hari berturut-turut post entry baru. Tepukan untuk diri sendiri *foreveralone.jpg*

Sekarang telah masuk waktu winter break buat student Zagazig dan waktu2 sewaktu dengannya. Well, actually just for pharmacy students for now. Sebab budak-budak medic tgh struggle dgn midterm exam diorang.

 
MUAHAHAHAHOHOHOHO!!!
Macam aku cakap kat post aku sebelum ni. Budak-budak Zagazig kalo bab-bab planning untuk winter break memang power. Tapi bab planning kahwin awal lagi lah power. Sebelum start sesi yg baru lagi, semua pakat-pakat tengok tarikh cuti winter bila. Kelas tak start lagi tu dah fikir plan cuti winter. Kejadah? 

Kalau dah masuk musim winter break, maka bertebaran la budak-budak Zagazig ke merata-rata tempat. Ibarat angsa-angsa di kampung yang terkurung dalam reban sekian lama dan akhirnya dapat bebas keluar dari reban. Freedom!!!! Biasalah duit dah berkepuk-kepuk dalam wallet. Ada juga jenis yang malas nak berjalan dan duduk Zagazig sepanjang winter break ni. 2 sebab: 1) Takder duit. 2) Tengah simpan duit untuk kahwin. Family planning la kot. Entahlah.

Nak masuk 3 tahun aku duduk sini. Aku tengok banyak destinasi-destinasi percution diorang time cuti-cuti ni. Yang aku list kan ni antara yang kebiasaannya lah. Kalau yang takder dalam list tu, pandai-pandailah korang tambah sendiri yer. 

PIRAMID?! Maner ada orang pergi piramid time winter break hoiii! 

SINAI-DAHAB


Kalau siapa-siapa yang nak rasa sangat kesejukan sehingga menusuk bone marrow. Tak payah pergi Europe. Haaa pergi daki Gunung Sinai. Sejuknya MasyaAllah! Kemain. Korang tengoklah fashion-fashion budak-budak dalam gambar ni. Ecehhh. Gaya macam pernah pergi pulakkan aku ni. Tahun lepas tak dapat join pergi Sinai-Dahab dek kerana clash dengan plan lain time tu. Tahun ni pun tak dapat pergi. Me iz sad. T.T

LUXOR-ASWAN

Aku tak dapat pergi Sinai tahun lepas sebab clash dengan plan aku yang ni lah. Tapi puas hati lah pergi Luxor-Aswan. Siap naik cruise bagai. Makanan yang diorang sediakan sumpah terboikkkk! Itu kalau korang ambil pakej yang sekali dengan cruise lah. 

Basically, trip ni bawak korang semua pergi melawat temple-temple dan makam-makam firaun kat sana. Kiranya peninggalan sejarah lama Mesir la sambil disajikan dengan mitos-mitos Mesir yang entah apa-apa ntah.

Tahun ni dengar cerita ramai pulak yang nak pergi Luxor-Aswan. Perubatan Pusat pun katanya buat jaulah kesini. Dengan nama 'JAULAH L.A' (?) *sori Perubatan. I think that's the lamest title ever*. Mujur aku dah pergi tahun lepas. Kalau tak, memang bersepah lah budak-budak Melayu kat sana. Kiranya aku ni hipster la kan? 

"Hipster me went to Luxor-Aswan before it was cool."

TURKEY

Turkey ni pun antara tempat ter-famous budak-budak Mesir selalu pergi. Mungkin kerana pengaruh cerita Istanbul Aku Datang. Habis semua orang nak pergi sana. Barulah fefeeling Beto Khusyari giteww. Kesian Tomok.  

Oh yer. Taken 2 pun buat kat Turkey ok. Ahah!

EUROPE

Kalau cakap pasal Europe, dia include Paris, Rome, UK, Spain dan macam-macam lagi lah. Biasanya ni destinasi untuk budak-budak yang berkepuk-kepuk duitnya sampai tak tahu nak buat apa. Maka ke Europe lah winter break diorang. Lagipun Mesir ni dekat jer dengan Europe. Orang macam aku ni, Europe dalam mimpi jer la. Iyer. Aku sedar aku takder duit nak pergi Europe segala bagai. Untunglahhh siapa-siapa yang dapat pergi tu. Pergilah korang berjimba-jimba di sana. Humppfftt!

MALAYSIA



Haa jangan tak tau. Ada yang time winter break 3 minggu ni balik Malaysia terus. Menghabiskan masa bersama keluarga katanya. Maybe diorang  yang balik ni yang jenis-jenis homesick ataupun nak kahwin. eh? *kahwin lagi. What da heck man?!*

 Aku rasa itu jer lah kot antara tempat ter-famous budak-budak ni nak pergi menghabiskan masa dan duit diorang di kala cuti-cuti ni. Heh! Actually ada lagi tempat percutian yang lain such as Bahriya, Hurghada dan lain-lain. Kalau yang lagi bagus. Ada yang pergi umrah cuti winter ni. Alhamdulillah. Bagus-bagus.

Apa-apa hal semoga cuti winter ni kalian semua dapat manfaatkan dengan sebaiknya. Jangan nak enjoy jer memanjang. Nikmatilah keindahan ciptaan Tuhan sambil mengambil sedikit sebanyak ibrah dan ilmu di tempat orang. Aiwahhh!

Ok. Selamat beramal semua!
 

Aku yakin habis cuti winter break ni. Maka berlakulah competition meng-upload gambar masing-masing tengah bercuti dalam facebook. Penuh lah newsfeed aku nanti hoiii! So brace yourself!

19 January 2013

So Long Semester 5!

Salam winter break semua. 

Iyer-iyer. Aku tau mmg dah lama gila aku tak update blog aku ni. Dah memang hobi aku agaknya update blog setahun sekali. Serupa sambut Hari Raya dah gamaknya. Maybe next post lepas ni tahun depan plak. Who knows?

Back to the topic. 15hb Januari 2013. Maka tamatlah sudah final exam semester 5 dgn rasminya. 

 

Tak sangka pejam celik pejam celik makan tidur makan tidur dah separuh jalan dah aku redah kat bumi kuda *atau keldai?* putih ni. Fehhhh! What kind of sorcery is this?


Maka macam biasa, bermulalah hari-hari yang membosankan di kala musim winter break ni. So make sure korang semua plan something untuk winter break ni. Kalau tak, duduklah rumah jadi bibik sambil tanam tisu adipose berlapis-lapis. Sementara member2 korang semua berjimba2 di sana sini sambil bergelek2. Ewah! Dah la time winter ni nafsu makan masing-masing buas belaka. Rawrrr!

winter kat egypt bukan macam ni yer kawan2. takder salji2 macam negara omputih

Aku tengok kemain budak-budak sini plan cuti winter break. Hurmmmm. Maybe next entry aku akan cerita apa plan budak-budak Mesir kebiasaannya bila tibanya musim winter ni. Khususnya budak-budak kat Zagazig lahh memandangkan aku bukanlah student Cairo, Mansurah, Alex, Tanta, mahupun Asiut. Tu pun kalau mood rajin menulis aku tak lesap lah. So doa-doa lah yer supaya aku sentiasa rajin kalau nak aku post entry baru. Muehehe.

Dah lahhh. Cukuplah ni untuk entry ni. Ni warm-up orang kata setelah sekian lama tak mem-blogging. Takut kalo trus tulis entry panjang2 cramp jari ni. Tak pasal-pasal cedera harmstring. *apa kaitan?*

Akhir kalam, selamat menghadapi exam Midterm untuk semua student medic Zagazig. Macam nak mampos aku tengok diorg semua study ni haa. Mujur budak2 farmasi semua dah abis exam awal. Muahahaha!


haaa sedapnya tidur bila dah abis exam ni~

27 September 2011

Gudbye hutan khatulistiwa, welcome back padang pasir.

Bangun tido, bangun tido, bangun tido. Sdar2 esok pg dh nk blik Mesir blik dh. Pehhh. Rasa mcm kjap jer duk Malaysia. Padahal dh 2 bulan lbih dah duk sini since sblum start puasa ari tu. Tetiber rasa tacing plak nk tnggal kn M'sia. Maklumlah, time blik M'sia je la dpt luangkn masa yg berkualiti dgn family n mmber2 lama. Pasnih dh blik Mesir, susah dh nk jmper. Kner tnggu setahun lg la gamaknyer nk jmper blik. Tu pn kalo blik laa.

Tidak seperti kebanyakan student2 Mesir yg rata2 nyer blik tahun ni sbb nk kawen. Aku blik2 Msia ni jgk bkn hanya goyang2 kaki dan perabiskan beras kt umah jer. Jauh skali ingin meminang anak dara org. Blik2 M'sia ni byk kjer kner buat woh! Selain kner jd fasi orientasi dak2 jnior dan kner buat prsiapan raya sumer tu. Aku kner abiskn byk game2 yg aku dh lama trtunda nk men since kt Mesir, pastu nk kner abis kn tgk drama2 series. Pling seksa skali nk kner abiskn tgk Running man sblum blik Mesir. Kalo tak abis, mmg tak keruan aku di buatnyer. Ekeke.

Ok. Spnjang 2 bln lbih ni. Aku smpat la brpuasa dan beraya dgn family kt M'sia tahun ni. Maner la tau kan tahun dpan  tak blik. Tak pasal2 kner antar salam perantauan kt surat khabar. Abis org2 kmpung sumer tgk. Malu eden. Tak suka jd femes2 ni.


Pastu kner la buat amal jariah skit ye dok? So aku mng'offer'kan jd fasilitator kursus orientasi dak jnior AQM. Aku tau msti korg ade fikir aku nk cari anak ikan kan. Celaka betei sper yg berfikiran camtu. Puiiihhh! Korg tak tau ker niat aku ni suci murni. 

Khusyu' bebenor diorg.

Tak smpai seminggu pastuh. Aku join plak majlis bkak puasa dgn ibu2 tunggal dan anak2 yatim kt Mydin Subang Jaya. Rasa puas ati la dpt tolong diorg belikn bju raya dan sgala mainan utk diorg. Terpancar sinar kegembiraan di wajah masing2. Pehhh! ayat kalah novel!

Oleh krn si eja g deactivate fb die. So aku dpt gmbar tmpat ktorg bkak puasa jer. Gmbar dgn ibu tnggal dan anak2 yatim sumer ade kt fb die. Caittt!
Mcm kebiasaannyer tiap2 taun time raya. Upacara konvoi raya tu dh mmg kompom ader. Dgn mmber Hira' dan jgak mmber2 UiTM. At least dpt jmper blik dgn diorg. Blik Mesir nti jmper kt fb atau twitter je laa.

Hasil gmbar iphone. Pe jadah? Btw ni umah syuk tgh renovate. Bknnyer construction site.
Sumpah anak kuyah comel giler!
Wokeh! Act ade lg nk letak. Tp pnyakit malas aku dh mnyerang tber2. Lgpn barang 1 haprak tak packing lg. Bliknyer esok pg plak tu. Punyer la cool giler aku ni. Kpd adk2 jnior. Jgn tiru prangai snior ni. Ekeke.

24 August 2011

Menyambut Adik-adik Baru




Lpas 4 ari brlalu bru nk citer psal ni ker?? Ape ko buat slama ni Fayad oii. Sori2. Mmg niat nk update psal bnda ni dh lama. Tp niat je la. Tp nk buat tu kner prlukan smangat skit. Mujur ari ni tiber2 smangat aku berkobar2 nk update blog. Kire ok laa lpas 4 ari. Takder la basi sgt cter nih. Stakat lemau2 msuk angin jer.

Ok kmbali ke pangkal jln. Pada tarikh 13-20 Ogos lpas cam biasa AQM wat kursus orientasi utk adk2 jnior kiter kt Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang. Kemain excited lg nk smbut adk2 bru. Mcm la kome sumer tak excited jgk kan. 2 ari sblum prog tu start aku dpt call dari si Daus atau nama manja fb die Akira Sendoh tnyer bleh tak jd fasi utk prog tu nnti. Kebetulan aku mmg mati kutu duk umah cuti2 ni, aku pn on je la. Time tu die gtau aku ade dak farmasi len, Dell dgn Sarah pn jd fasi nnti. Tp diorg g cancel pulekk last2 mnit. Mujur ade Eja sbg backup plan. Tp time ni aku risau gak tkut takleh masuk dgn Eja sbb sblum ni mner prnah bertegur dgn die. Tp at least ade la gak dak farmasi slain aku jd fasi. So takder la nk risau sgt nk handle jnior2 farmasi yg di gembar gemburkan lbih rmai skit nti.

Maka bermula la tugas aku sbg fasi atau urusetia utk prog orientasi ni. Aku mlas plak nk cter detail2 sgt flow prog tu dri awal smpai akhir. Giler per nk cter satu2. 8 ari woii. Jenuh la aku nk taip sumer.

Nk dijadikn cter Burn dilantik jd pengarah tahun ni n aku kner pgang biro prep n tech. Snang cter ape2 yg bersangkut paut dgn PA system tu aku pnyer kejer la. Aku igtkn lpas aku kuar UiTM, takder dh pgang biro ni. Mane taknyer time kt UiTM dulu slalu sgt kot jd biro teknikal stiap kali dak2 farmasi buat prog. Aigooo.
  
Terus terang aku ckp time awal2 prog tu mmg aku tak bper knal sgt dgn dak2 fasi len. Knal pn knal muka gitu2 jer. Risau gak kalo aku takleh msuk dgn diorg nih. Maklum la ade yg tahun 2 n tahun 3. Tp spanjang 8 ari tu mmg ktorg sumer jd kamcing giler kot. Ibarat 1 kuarga besar yg diketuai oleh Papa Dino (abg Dino). Bdk2 yg tahun lpas jd fasi pn sndiri ckp tahun ni pnyer orientasi sronok sbb msing2 dh jd kamcing. Nk wat kejer pn sng. 

apabila sdah tnsion handle prog. maka kami pn jd mereng.

Tp yg spoilnyer oleh krn thun ni ktorg brkerjasama dgn BTN. Ade certain2 prkara ktorg terikat dgn BTN. Tp its ok. Takder la mnjejaskan sgt pn. Cumer kner nyanyi n bg tpukan BTN sblum n slepas tiap2 kali ceramah jer. Tahun lpas takder pn nk buat sumer bnda alah tu.

Alhamdulillah lpas abis prog tu. Byk jgk la positif2 feedback yg ktorg dpt dri adk2 jnior ni. Mcm biase lpas abis prog ni, diorg mula la sling add meng-add dlm fb. Ktorg yg jadi fasi ni pn tak trlepas memeriahkan fb dgn acara add n approve ni. Siap join grup batch diorg lg tu. Punyer la tak malu ktorg ni. Kehkehkeh. Timer kasih byk2 la ea. =)
 

Syukurrrrr...Terima Kasih Ya Allah.

fasi2 laki
ktorg 2 jer dak frmasi jd fasi. sadis betei.
selagi tak abis meeting, takleh mkn moreh yg kt dpan mata


aktiviti LDK

brsama adk2 jnior frmasi. explain kemain lg aku nih.

adk2 jnior laki

adk2 jnior pompuan

04 July 2011

SYUKURRRRLAAA...

 SYUKURLAAA~~

Syukurrrlaaa..final exam dh abis..

Syukurrrlaaa..tak yah bgun awal2 pagi nk pergi klas..

Syukurrrlaaa..aku bleh reactivate fb..

Syukurrrlaaa..tak yah nk study smpai tepu otak lg dah..

Syukurrrlaaa..bleh tido dgn tnang dan aman skarang..

Syukurrrlaaa..bgun2 tido tak yah fikir psal baper byk lg nk kner study..

Syukurrrlaaa..bleh bntai tido puas2..

Syukurrrlaaa..bleh layan House, HIMYM, Glee, n other series yang tak smpat nk abis kan dulu..

Syukurrrlaaa..bleh bntai tgk muvie smpai puas..

Syukurrrlaaa..bleh g jln2 smpai puas..

n pling pnting, syukurrrlaaa..abis sdah 1st year aku kt sini.. 


cilakak! bleh plak time2 tgh khusyuk jwab exam, elok jer ade tikus sronok berlari bwah kaki aku..SYUKURRRLAAA~