20 January 2013

Berjimba-jimba Edisi Winter Break

Salam percutian musim sejuk semua.

Ok. Aku rasa aku berjaya mencatat rekod baru. 2 hari berturut-turut post entry baru. Tepukan untuk diri sendiri *foreveralone.jpg*

Sekarang telah masuk waktu winter break buat student Zagazig dan waktu2 sewaktu dengannya. Well, actually just for pharmacy students for now. Sebab budak-budak medic tgh struggle dgn midterm exam diorang.

 
MUAHAHAHAHOHOHOHO!!!
Macam aku cakap kat post aku sebelum ni. Budak-budak Zagazig kalo bab-bab planning untuk winter break memang power. Tapi bab planning kahwin awal lagi lah power. Sebelum start sesi yg baru lagi, semua pakat-pakat tengok tarikh cuti winter bila. Kelas tak start lagi tu dah fikir plan cuti winter. Kejadah? 

Kalau dah masuk musim winter break, maka bertebaran la budak-budak Zagazig ke merata-rata tempat. Ibarat angsa-angsa di kampung yang terkurung dalam reban sekian lama dan akhirnya dapat bebas keluar dari reban. Freedom!!!! Biasalah duit dah berkepuk-kepuk dalam wallet. Ada juga jenis yang malas nak berjalan dan duduk Zagazig sepanjang winter break ni. 2 sebab: 1) Takder duit. 2) Tengah simpan duit untuk kahwin. Family planning la kot. Entahlah.

Nak masuk 3 tahun aku duduk sini. Aku tengok banyak destinasi-destinasi percution diorang time cuti-cuti ni. Yang aku list kan ni antara yang kebiasaannya lah. Kalau yang takder dalam list tu, pandai-pandailah korang tambah sendiri yer. 

PIRAMID?! Maner ada orang pergi piramid time winter break hoiii! 

SINAI-DAHAB


Kalau siapa-siapa yang nak rasa sangat kesejukan sehingga menusuk bone marrow. Tak payah pergi Europe. Haaa pergi daki Gunung Sinai. Sejuknya MasyaAllah! Kemain. Korang tengoklah fashion-fashion budak-budak dalam gambar ni. Ecehhh. Gaya macam pernah pergi pulakkan aku ni. Tahun lepas tak dapat join pergi Sinai-Dahab dek kerana clash dengan plan lain time tu. Tahun ni pun tak dapat pergi. Me iz sad. T.T

LUXOR-ASWAN

Aku tak dapat pergi Sinai tahun lepas sebab clash dengan plan aku yang ni lah. Tapi puas hati lah pergi Luxor-Aswan. Siap naik cruise bagai. Makanan yang diorang sediakan sumpah terboikkkk! Itu kalau korang ambil pakej yang sekali dengan cruise lah. 

Basically, trip ni bawak korang semua pergi melawat temple-temple dan makam-makam firaun kat sana. Kiranya peninggalan sejarah lama Mesir la sambil disajikan dengan mitos-mitos Mesir yang entah apa-apa ntah.

Tahun ni dengar cerita ramai pulak yang nak pergi Luxor-Aswan. Perubatan Pusat pun katanya buat jaulah kesini. Dengan nama 'JAULAH L.A' (?) *sori Perubatan. I think that's the lamest title ever*. Mujur aku dah pergi tahun lepas. Kalau tak, memang bersepah lah budak-budak Melayu kat sana. Kiranya aku ni hipster la kan? 

"Hipster me went to Luxor-Aswan before it was cool."

TURKEY

Turkey ni pun antara tempat ter-famous budak-budak Mesir selalu pergi. Mungkin kerana pengaruh cerita Istanbul Aku Datang. Habis semua orang nak pergi sana. Barulah fefeeling Beto Khusyari giteww. Kesian Tomok.  

Oh yer. Taken 2 pun buat kat Turkey ok. Ahah!

EUROPE

Kalau cakap pasal Europe, dia include Paris, Rome, UK, Spain dan macam-macam lagi lah. Biasanya ni destinasi untuk budak-budak yang berkepuk-kepuk duitnya sampai tak tahu nak buat apa. Maka ke Europe lah winter break diorang. Lagipun Mesir ni dekat jer dengan Europe. Orang macam aku ni, Europe dalam mimpi jer la. Iyer. Aku sedar aku takder duit nak pergi Europe segala bagai. Untunglahhh siapa-siapa yang dapat pergi tu. Pergilah korang berjimba-jimba di sana. Humppfftt!

MALAYSIA



Haa jangan tak tau. Ada yang time winter break 3 minggu ni balik Malaysia terus. Menghabiskan masa bersama keluarga katanya. Maybe diorang  yang balik ni yang jenis-jenis homesick ataupun nak kahwin. eh? *kahwin lagi. What da heck man?!*

 Aku rasa itu jer lah kot antara tempat ter-famous budak-budak ni nak pergi menghabiskan masa dan duit diorang di kala cuti-cuti ni. Heh! Actually ada lagi tempat percutian yang lain such as Bahriya, Hurghada dan lain-lain. Kalau yang lagi bagus. Ada yang pergi umrah cuti winter ni. Alhamdulillah. Bagus-bagus.

Apa-apa hal semoga cuti winter ni kalian semua dapat manfaatkan dengan sebaiknya. Jangan nak enjoy jer memanjang. Nikmatilah keindahan ciptaan Tuhan sambil mengambil sedikit sebanyak ibrah dan ilmu di tempat orang. Aiwahhh!

Ok. Selamat beramal semua!
 

Aku yakin habis cuti winter break ni. Maka berlakulah competition meng-upload gambar masing-masing tengah bercuti dalam facebook. Penuh lah newsfeed aku nanti hoiii! So brace yourself!

19 January 2013

So Long Semester 5!

Salam winter break semua. 

Iyer-iyer. Aku tau mmg dah lama gila aku tak update blog aku ni. Dah memang hobi aku agaknya update blog setahun sekali. Serupa sambut Hari Raya dah gamaknya. Maybe next post lepas ni tahun depan plak. Who knows?

Back to the topic. 15hb Januari 2013. Maka tamatlah sudah final exam semester 5 dgn rasminya. 

 

Tak sangka pejam celik pejam celik makan tidur makan tidur dah separuh jalan dah aku redah kat bumi kuda *atau keldai?* putih ni. Fehhhh! What kind of sorcery is this?


Maka macam biasa, bermulalah hari-hari yang membosankan di kala musim winter break ni. So make sure korang semua plan something untuk winter break ni. Kalau tak, duduklah rumah jadi bibik sambil tanam tisu adipose berlapis-lapis. Sementara member2 korang semua berjimba2 di sana sini sambil bergelek2. Ewah! Dah la time winter ni nafsu makan masing-masing buas belaka. Rawrrr!

winter kat egypt bukan macam ni yer kawan2. takder salji2 macam negara omputih

Aku tengok kemain budak-budak sini plan cuti winter break. Hurmmmm. Maybe next entry aku akan cerita apa plan budak-budak Mesir kebiasaannya bila tibanya musim winter ni. Khususnya budak-budak kat Zagazig lahh memandangkan aku bukanlah student Cairo, Mansurah, Alex, Tanta, mahupun Asiut. Tu pun kalau mood rajin menulis aku tak lesap lah. So doa-doa lah yer supaya aku sentiasa rajin kalau nak aku post entry baru. Muehehe.

Dah lahhh. Cukuplah ni untuk entry ni. Ni warm-up orang kata setelah sekian lama tak mem-blogging. Takut kalo trus tulis entry panjang2 cramp jari ni. Tak pasal-pasal cedera harmstring. *apa kaitan?*

Akhir kalam, selamat menghadapi exam Midterm untuk semua student medic Zagazig. Macam nak mampos aku tengok diorg semua study ni haa. Mujur budak2 farmasi semua dah abis exam awal. Muahahaha!


haaa sedapnya tidur bila dah abis exam ni~

18 August 2012

Terima Kasih Opah.



  •  Dulu time kecik2, stiap kali cuti sekolah ummi abuya mesti hantar ktorg adik beradik ke rumah opah duduk sana.
  • Walaupun umur opah dh 70 lbih time tu, opah masih lg cergas layan karenah ktorg adik beradik walaupun ktorg terlampau hyperactive time tu.
  • Setiap kali ktorg adik beradik bergaduh (biasalah adik beradik laki ramai), opah la yg selalu leraikan dan selalu marah ktorg stiap kali ktorg brgaduh.
  • Kalo terjaga lpas subuh, msti slalu trdengar opah baca Al-Quran dan kdg2 trdengar jgk mesin jahit opah nk siapkan baju customer.
  • Tiap2 malam opah selalu ajar ktorg ngaji. Aku ingat lagi ktorg adik beradik mmg pelat ckp 'R' time tu. Opah jgk lah yg gigih suruh ktorg sbut btul2.
  • Stiap kali ktorg dh abis tolong basuh pasu dan kolam kt umah opah. Opah selalu bg upah 50 sen kt ktorg.
  • Opah selalu bawak ktorg pergi kedai jahit opah kt Slim River. Kat situ lah ktorg blanjakan duit upah tu beli mcm2. Dan antaranya rantai dompet yg aku still pkai smpai skarang ni.
  • Dikala budak2 zaman skarang dgn ipad-nya, fb-nya, twitter-nya. Ktorg dulu2 slalu diajak opah tolong dia bersihkan kebun. 
  • Stiap kali musim rambutan, opah ajak ktorg petik pkai galah panjang tu. Takpun ktorg panjat pokok tu amek rambutan. Ktorg prnah siap halau monyet2 pkai mercun ketupat tau.
  • Stiap pagi opah buatkan air milo utk ktorg. Bila ktorg abis mnum jer, opah calit ibu jari kt ibu jari ktorg tandanya bagus dpt minum smpai abis. Dari dulu lg opah dh ajar jgn membazir.
  • Time aku form 2, opah bwak ktorg 1 family pergi jalan2 kat Indonesia beraya kat kampung asal dia. Tu la pngalaman pertama aku pergi beraya kt negara orang.
  • Opah sgt sayangkan cucu2 dia terutama cucu yg dari generasi pertama. Aku, Izzad, Aiman, Syamil, Kakak, Ada dan Ina. 
  • Setiap tahun ktorg akan sambut raya pertama kat rumah opah.
  • Opah selalu jgk dtg lawat rumah ktorg dan tinggal dgn ktorg. Luangkan masa bersama kami sekeluarga.
  • Time cuti summer tahun lpas, aku smpat sembang2 dgn opah. Dan antara topik yg menarik psal calon bini dan jodoh. Maybe sbb opah tak sabar nk tgk cucu2 dia kawen. Maklum lah, aku dgn Kakak la cucu dia yg pling tua. cucu2 dia plak smua masih bujang lg. Minta maaf opah sbb tak dpt tunaikan hajat opah buat masa ni.
  • Opah slalu request kat aku dgn Syamil supaya bawak dia pergi jalan2 kat Mesir suatu hari nnti. Sekali lagi ktorg mnta maaf. Bak kata Syamil, itulah permintaan dia yg terakhir.
  • Kali terakhir aku salam dan peluk opah time opah ikut hantar aku ke KLIA blik mesir time cuti summer taun lpas. Opah selalu pesan blajar rajin2 dan tunaikan harapan ummi dgn abuya selagi mereka masih ada.
  • Tanggal 18 Ogos 2012 bersamaan 29/30 Ramadhan 1433H. Opah telah meninggalkan kami semua dalam keadaan tenang ketika tidur. 
  • Raya kali ni mkin suram dgn pemergian opah. Memang nmpak berbeza tahun ni compare dgn taun2 sblum ni. Mmg tak sangka perpisahan dgn opah di KLIA taun lpas merupakan perpisahan yg terakhir buat selama2 nya.
  • Terima kasih atas segala2 nya opah. Dari kecil opah mnjaga dan mendidik ktorg smpai la sekarang. Segala kenangan ktorg dgn opah sentiasa ada dlm ingatan kami cucu2 opah.
  • Selamat Hari Raya opah. Maafkan segala salah silap Fayad dari kecik2 dulu smpai la skarang. Semoga opah berbahagia di sana.
  • Al-Fatihah.

27 September 2011

Gudbye hutan khatulistiwa, welcome back padang pasir.

Bangun tido, bangun tido, bangun tido. Sdar2 esok pg dh nk blik Mesir blik dh. Pehhh. Rasa mcm kjap jer duk Malaysia. Padahal dh 2 bulan lbih dah duk sini since sblum start puasa ari tu. Tetiber rasa tacing plak nk tnggal kn M'sia. Maklumlah, time blik M'sia je la dpt luangkn masa yg berkualiti dgn family n mmber2 lama. Pasnih dh blik Mesir, susah dh nk jmper. Kner tnggu setahun lg la gamaknyer nk jmper blik. Tu pn kalo blik laa.

Tidak seperti kebanyakan student2 Mesir yg rata2 nyer blik tahun ni sbb nk kawen. Aku blik2 Msia ni jgk bkn hanya goyang2 kaki dan perabiskan beras kt umah jer. Jauh skali ingin meminang anak dara org. Blik2 M'sia ni byk kjer kner buat woh! Selain kner jd fasi orientasi dak2 jnior dan kner buat prsiapan raya sumer tu. Aku kner abiskn byk game2 yg aku dh lama trtunda nk men since kt Mesir, pastu nk kner abis kn tgk drama2 series. Pling seksa skali nk kner abiskn tgk Running man sblum blik Mesir. Kalo tak abis, mmg tak keruan aku di buatnyer. Ekeke.

Ok. Spnjang 2 bln lbih ni. Aku smpat la brpuasa dan beraya dgn family kt M'sia tahun ni. Maner la tau kan tahun dpan  tak blik. Tak pasal2 kner antar salam perantauan kt surat khabar. Abis org2 kmpung sumer tgk. Malu eden. Tak suka jd femes2 ni.


Pastu kner la buat amal jariah skit ye dok? So aku mng'offer'kan jd fasilitator kursus orientasi dak jnior AQM. Aku tau msti korg ade fikir aku nk cari anak ikan kan. Celaka betei sper yg berfikiran camtu. Puiiihhh! Korg tak tau ker niat aku ni suci murni. 

Khusyu' bebenor diorg.

Tak smpai seminggu pastuh. Aku join plak majlis bkak puasa dgn ibu2 tunggal dan anak2 yatim kt Mydin Subang Jaya. Rasa puas ati la dpt tolong diorg belikn bju raya dan sgala mainan utk diorg. Terpancar sinar kegembiraan di wajah masing2. Pehhh! ayat kalah novel!

Oleh krn si eja g deactivate fb die. So aku dpt gmbar tmpat ktorg bkak puasa jer. Gmbar dgn ibu tnggal dan anak2 yatim sumer ade kt fb die. Caittt!
Mcm kebiasaannyer tiap2 taun time raya. Upacara konvoi raya tu dh mmg kompom ader. Dgn mmber Hira' dan jgak mmber2 UiTM. At least dpt jmper blik dgn diorg. Blik Mesir nti jmper kt fb atau twitter je laa.

Hasil gmbar iphone. Pe jadah? Btw ni umah syuk tgh renovate. Bknnyer construction site.
Sumpah anak kuyah comel giler!
Wokeh! Act ade lg nk letak. Tp pnyakit malas aku dh mnyerang tber2. Lgpn barang 1 haprak tak packing lg. Bliknyer esok pg plak tu. Punyer la cool giler aku ni. Kpd adk2 jnior. Jgn tiru prangai snior ni. Ekeke.

26 August 2011

Orang berlari...

"Don't walk, run!"

Sekarang ni musim Korea kemain lg melampau2 giler nyer. Dari filem2 nyer, drama2 nyer, lagu2 nyer, artis2 nyer dn skarang ni variety show diorg pn dh ader. Tgk je la smnjak kbelakangan ni si gadis2 dh rmai memuja2 LEE MIN HO gara2 citer City Hunter yg tgh hangat ditayang kan kt Astro maupn di kalangan pen-download2  tegar. Ape la yg ade kt Lee Min Ho tu aku pn tak tau? Diorg tak sdar ker aku ni 1000 kali lbih kacak dri die. Muka pan-asia ni beb. Muka artis2 korea tu sumer nyer surgery je tu. Aku rasa yg btul2 muka ori korea yg takder surgery Park Ji Sung sorg je la kot. Aku ni siap darah kacuk lg tu. Aper? Igt Julianna Evans je ker yg bleh kacuk2 nih. Aku ni kacuk jawa dan minang tau. Rare pnyer species. 

Ok enuff wif da nonsense. Sbnarnya aku pn tgh layan Korea jgk skg ni. Tp tak men la drama2 jiwang2 diorg *pfffft*. Aku layan variety show die jer. Ni sumer gara2 sbb rmai yg duk promote psal variety show nih. Aku pn try layan skali. Mmg bleh terburai isi perut tgk cter nih wohh. Siap ari bulan bleh pcah pundi kencing aku. Lawak kemain lg show ni. Oh luper! Nama variety show ni RUNNING MAN

Running man (RM) ni ade 8 org mmber dan diorg sumer ni selebriti2 Korea dari plakon, pnyanyi maupn entertainer. Mostly setiap episod diorg akan jmput guest2 artis utk men skali dgn diorg. Basically konsep show diorg ni just kner solve mcm2 mission stiap episod kt landmark yg berlainan dkt2 skitar Korea. Dan sape yg kalah tu ade la denda stiap kali ending episod die. Kalo aku cter mcm ni mmg la nmpak mcm just like typical variety show kan. Tp believe me, lawak siak tgk karenah2 diorg dlm cter ni. At least dpt tau la prangai sbenar msing2 camner. Ni tak, dlm drama nk bajet cool jer. Nek nyampah plak aku. Diorg pnyer game or mission pn agak kreatif dan inovatif gak la.

YU JAE SUK
  • Pengacara dlm RM
  • Kadang2 giler2 gak die ni
  • Rapat dgn Suk Jin
  • Ade certain2 part aku tak baper mnat die sbb kekerapan die men kotor dlm certain2 mission
  • Die dgn Jong Kok bleh dikatekan musuh ketat kalo mission yg mlibatkn team die lwan team Jong Kok
JI SUK JIN
  • Mmber RM yg pling berumor
  • Rapat dgn Jae Suk.
  • Slalu kner bahan 'Big Nose Hyung' sbb idung die
  • Antara mmber RM yg pling lemah. Asyik kner kuar awal jer stiap kali mission, skali dgn Kwang Soo.

KIM JONG KOK
  • Penyanyi
  • Mmber RM pling kuat. Tgk je la bdan die camner. Berketak-ketak. Org pn heran die ni manusia ke ape?
  • Rmai yg gerun dgn die. Lagi2 dgn sound effect "SPARTA!!!" stiap kali die mncul.
  • Very good team leader. Sbb tu nickname die 'Commander Joong Kok'.
  • Kdg2 hot tempered. Yg slalu jd mangsa die Haha dgn Gary. Sbb tu diorg 3 dpt title 'Jong Kok n 2 kids'
  • Kdg2 die cuber brlagak cute smpai nk tukar nama die jd 'Kookie'
  • Ma fevret RM mmber.
HAHA

  • Pling kecoh skali
  • Prangai cam bdak2 padahal umur dh 30 lbih. Sbb tu mmber2 yg len pn slalu lyan die cam bdak2.
  • Nickname die Haroro sbb imej die yg sjibik cam watak kartun kt sana, Pororo.
  • Berangan2 nk jd muvie star.
  • Comel giler kot die nyer sound effect. Bunyik bdak2 jerit "YAA!"
KANG GARY
  • Penyanyi rap
  • Awal2 episod dulu die nmpak cool. Sbb tu dpt nama 'Peaceful Gary'
  • Otak die pn msuk air gak kdg2.
  • Minat kt Ji Hyo. Tp tak sure la plak mmg die mnat btul2 or just dlm RM jer.
  • Die dgn Ji Hyo dpt gelarn 'Monday Couple' dek krn skandal romantis diorg dlm RM.
SONG JOONG KI

  • Pelakon
  • Mamat pling jambu skali dlm rmai2 mmber2 RM smpai dpt nama 'Flower Joong Ki'
  • Bleh dikatekan mmber RM yg pling bijok skali.
  • Sorios die ni tak pndai mlukis. Slalu fail kalo mission2 yg kner lukis2.
  • Mmber bek Kwang Soo dek krn diorg 2 pling muda dlm RM.
  • Mnat kt Ji Hyo tp Ji Hyo anggap die sbg adk je. Sbb tu dpt nama 'Song-Song siblings'
  • Bleh dikatekan slalu kaco line Monday Couple
LEE KWANG SOO 


  • Pelakon
  • Tinggi kemain lg die ni
  • Lurus bendul dan bodo2 alang org nyer
  • Selalu kner buli dgn mmber2 RM yg len. Kdg2 rasa ksian pn ade gak.
  • Slalu sebarkan gosip2 psal2 mmber RM die yg len yg bleh bikin malu.
  • Dgr cter die ade gak brlakon dlm City Hunter. Sorios?
  • Die dgn Joong Ki mmber RM pling muda.
SONG JI HYO
  • Pelakon
  • Satu2 nyer gadis dlm RM
  • Slalu blur2 smpai mmber2 RM yg len pnggil die 'Miss Mong (blank)'
  • Bkn jnis nk control2 ayu atau lawa2 dpan kamera (my type of woman..kehkehkeh). Sesuai sgt ar die ni dlm variety show yg lasak2 cam ginih.
  • But she's still kinda cute though even tgh messy n without make-up tebal2 5 inci kt muka.
  • Awal2 nyer dtg jd guest jer, pastu lama2 diterima sbg ahli regular dlm RM
  • Kalo bab2 mission die mmg cekap smpai dpt gelaran 'Ace Ji Hyo'. 
  • Susah nk tau sama ada die pn mnat kt Gary jgk atau tak. Tp dgr cter die prnah ckp yg Gary ni kire mcm ideal man die laa. Ntah ar. Pompuan mmg unpredictable duhh.
  • Tak suka kalo ade mission yg kner tmbang2 berat badan nih.
Ok! enuff! Penat dh aku nk taip entry yg super panjang ni. Nak tau lg g la tgk sndiri ar cter nih. Utk sper2 yg nk tgk cter variety show yg bleh buat korg gelak smpai smput tak ckup oksigen nk hirup. Aku suggest korg tgk je la cter nih. Jgn risau. Ni takder jiwang2 karat sumer ni. Just for fun only. Mmber2 aku pn rmai yg dh start layan. Smpai dh ketagih pn ader. Sesuai utk ditonton bersama seisi kluarga, SEUMDWA!

24 August 2011

Menyambut Adik-adik Baru




Lpas 4 ari brlalu bru nk citer psal ni ker?? Ape ko buat slama ni Fayad oii. Sori2. Mmg niat nk update psal bnda ni dh lama. Tp niat je la. Tp nk buat tu kner prlukan smangat skit. Mujur ari ni tiber2 smangat aku berkobar2 nk update blog. Kire ok laa lpas 4 ari. Takder la basi sgt cter nih. Stakat lemau2 msuk angin jer.

Ok kmbali ke pangkal jln. Pada tarikh 13-20 Ogos lpas cam biasa AQM wat kursus orientasi utk adk2 jnior kiter kt Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang. Kemain excited lg nk smbut adk2 bru. Mcm la kome sumer tak excited jgk kan. 2 ari sblum prog tu start aku dpt call dari si Daus atau nama manja fb die Akira Sendoh tnyer bleh tak jd fasi utk prog tu nnti. Kebetulan aku mmg mati kutu duk umah cuti2 ni, aku pn on je la. Time tu die gtau aku ade dak farmasi len, Dell dgn Sarah pn jd fasi nnti. Tp diorg g cancel pulekk last2 mnit. Mujur ade Eja sbg backup plan. Tp time ni aku risau gak tkut takleh masuk dgn Eja sbb sblum ni mner prnah bertegur dgn die. Tp at least ade la gak dak farmasi slain aku jd fasi. So takder la nk risau sgt nk handle jnior2 farmasi yg di gembar gemburkan lbih rmai skit nti.

Maka bermula la tugas aku sbg fasi atau urusetia utk prog orientasi ni. Aku mlas plak nk cter detail2 sgt flow prog tu dri awal smpai akhir. Giler per nk cter satu2. 8 ari woii. Jenuh la aku nk taip sumer.

Nk dijadikn cter Burn dilantik jd pengarah tahun ni n aku kner pgang biro prep n tech. Snang cter ape2 yg bersangkut paut dgn PA system tu aku pnyer kejer la. Aku igtkn lpas aku kuar UiTM, takder dh pgang biro ni. Mane taknyer time kt UiTM dulu slalu sgt kot jd biro teknikal stiap kali dak2 farmasi buat prog. Aigooo.
  
Terus terang aku ckp time awal2 prog tu mmg aku tak bper knal sgt dgn dak2 fasi len. Knal pn knal muka gitu2 jer. Risau gak kalo aku takleh msuk dgn diorg nih. Maklum la ade yg tahun 2 n tahun 3. Tp spanjang 8 ari tu mmg ktorg sumer jd kamcing giler kot. Ibarat 1 kuarga besar yg diketuai oleh Papa Dino (abg Dino). Bdk2 yg tahun lpas jd fasi pn sndiri ckp tahun ni pnyer orientasi sronok sbb msing2 dh jd kamcing. Nk wat kejer pn sng. 

apabila sdah tnsion handle prog. maka kami pn jd mereng.

Tp yg spoilnyer oleh krn thun ni ktorg brkerjasama dgn BTN. Ade certain2 prkara ktorg terikat dgn BTN. Tp its ok. Takder la mnjejaskan sgt pn. Cumer kner nyanyi n bg tpukan BTN sblum n slepas tiap2 kali ceramah jer. Tahun lpas takder pn nk buat sumer bnda alah tu.

Alhamdulillah lpas abis prog tu. Byk jgk la positif2 feedback yg ktorg dpt dri adk2 jnior ni. Mcm biase lpas abis prog ni, diorg mula la sling add meng-add dlm fb. Ktorg yg jadi fasi ni pn tak trlepas memeriahkan fb dgn acara add n approve ni. Siap join grup batch diorg lg tu. Punyer la tak malu ktorg ni. Kehkehkeh. Timer kasih byk2 la ea. =)
 

Syukurrrrr...Terima Kasih Ya Allah.

fasi2 laki
ktorg 2 jer dak frmasi jd fasi. sadis betei.
selagi tak abis meeting, takleh mkn moreh yg kt dpan mata


aktiviti LDK

brsama adk2 jnior frmasi. explain kemain lg aku nih.

adk2 jnior laki

adk2 jnior pompuan

31 July 2011

Ramadhan tiba lagi

Selamat menyambut bulan Ramadhan kpd sumer umat muslimin dan muslimat.