Ok. Aku rasa aku berjaya mencatat rekod baru. 2 hari berturut-turut post entry baru. Tepukan untuk diri sendiri *foreveralone.jpg*.
Sekarang telah masuk waktu winter break buat student Zagazig dan waktu2 sewaktu dengannya. Well, actually just for pharmacy students for now. Sebab budak-budak medic tgh struggle dgn midterm exam diorang.
MUAHAHAHAHOHOHOHO!!! |
Kalau dah masuk musim winter break, maka bertebaran la budak-budak Zagazig ke merata-rata tempat. Ibarat angsa-angsa di kampung yang terkurung dalam reban sekian lama dan akhirnya dapat bebas keluar dari reban. Freedom!!!! Biasalah duit dah berkepuk-kepuk dalam wallet. Ada juga jenis yang malas nak berjalan dan duduk Zagazig sepanjang winter break ni. 2 sebab: 1) Takder duit. 2) Tengah simpan duit untuk kahwin. Family planning la kot. Entahlah.
Nak masuk 3 tahun aku duduk sini. Aku tengok banyak destinasi-destinasi percution diorang time cuti-cuti ni. Yang aku list kan ni antara yang kebiasaannya lah. Kalau yang takder dalam list tu, pandai-pandailah korang tambah sendiri yer.
PIRAMID?! Maner ada orang pergi piramid time winter break hoiii!
SINAI-DAHAB
LUXOR-ASWAN
Basically, trip ni bawak korang semua pergi melawat temple-temple dan makam-makam firaun kat sana. Kiranya peninggalan sejarah lama Mesir la sambil disajikan dengan mitos-mitos Mesir yang entah apa-apa ntah.
Tahun ni dengar cerita ramai pulak yang nak pergi Luxor-Aswan. Perubatan Pusat pun katanya buat jaulah kesini. Dengan nama 'JAULAH L.A' (?) *sori Perubatan. I think that's the lamest title ever*. Mujur aku dah pergi tahun lepas. Kalau tak, memang bersepah lah budak-budak Melayu kat sana. Kiranya aku ni hipster la kan?
"Hipster me went to Luxor-Aswan before it was cool."
TURKEY
Turkey ni pun antara tempat ter-famous budak-budak Mesir selalu pergi. Mungkin kerana pengaruh cerita Istanbul Aku Datang. Habis semua orang nak pergi sana. Barulah fefeeling Beto Khusyari giteww. Kesian Tomok.
Oh yer. Taken 2 pun buat kat Turkey ok. Ahah!
EUROPE
MALAYSIA
Haa jangan tak tau. Ada yang time winter break 3 minggu ni balik Malaysia terus. Menghabiskan masa bersama keluarga katanya. Maybe diorang yang balik ni yang jenis-jenis homesick ataupun nak kahwin. eh? *kahwin lagi. What da heck man?!*
Aku rasa itu jer lah kot antara tempat ter-famous budak-budak ni nak pergi menghabiskan masa dan duit diorang di kala cuti-cuti ni. Heh! Actually ada lagi tempat percutian yang lain such as Bahriya, Hurghada dan lain-lain. Kalau yang lagi bagus. Ada yang pergi umrah cuti winter ni. Alhamdulillah. Bagus-bagus.
Apa-apa hal semoga cuti winter ni kalian semua dapat manfaatkan dengan sebaiknya. Jangan nak enjoy jer memanjang. Nikmatilah keindahan ciptaan Tuhan sambil mengambil sedikit sebanyak ibrah dan ilmu di tempat orang. Aiwahhh!
Ok. Selamat beramal semua!
Aku yakin habis cuti winter break ni. Maka berlakulah competition meng-upload gambar masing-masing tengah bercuti dalam facebook. Penuh lah newsfeed aku nanti hoiii! So brace yourself!