18 June 2008

:: jenis2MANUSIAberdasarkanBUKU ::


Jenis Kamus Dewan
-Individu yang berada dlm golongan ini merupakan antara individu yangboleh dikatakan skema ataupon skempos.. (term masa kat kampus=skema nakmampos). Golongan ini boleh dikatakan seorang individu yang baik danboleh dipercayai-macam kamus dewan, mana ader tipu2 punya. Cuma mungkin jugak boleh dikatakan sensitif...

Jenis Ensiklopedia
-jenis ni pulak merupakan individu yang penuh dengan fakta dan boleh dikategorikan sebagai orang yang bijaksana. Selalunya terbahagi kepada dua- ada yang suka memberi ilmu, ada yang kedekut ilmu. Anda bertuah sekiranya ketemu orang yang suka memberi atau berkongsi ilmuyang ada dengan anda. Tapi kalau satu spesis lagi, mintak ampun la banyak2 sebab mungkin dia gunakan ilmu yang ada untuk 'jatuhkan' orang lain. Jangan tak percaya, jangan cuba nafikan...orang macam ni mmg adakat dunia...huhhuhuhu

Jenis Komik
-individu yang ni pulak mmg macam buku komik...mudah menarik perhatian orang ramai dengan jenaka yang tak putus. Amat menyenangkan tapi amat tidak selesa dengan golongan yang boleh dikatakan skempos.Entahlah...daripada pengamatan aku, mmg macam tu. Diorg mudah rasa rimas kot..ekekekeke, tapi lain orang, lain pulak penerimaan kan.Erm..susah nak tgk golongan ni serius..tapi jangan tak tau, golongan ni adalah individu yang sensitif...tapi tak tunjukkan depan korang jer...

Jenis Majalah Mastika
-ni mmg kes khas sebab nampak misteri jer... kadang2 orang takleh nak predict kelakuan orang macam ni. Kadang2 suka menyendiri dan kadang2 orang tgk dia nih macam menakutkan ajer... Mempunyai hati yangkeras dan ada sifat ingin tahu yang tinggi.... (mcm iyer jer terjemahanku ni)

Yellow pages
-seorang yang sentiasa mempunyai maklumat-maklumat yang orang lain tak tahu tapi kadang2 maklumat tersebut bukanlah terlalu serius..namun kelakor n menyenangkan....tapi kadang2 mcm zalim pon ader (terhadap issue2 yang panas)...

Buku Nota
-Boleh dikategorikan sebagai seorang individu yang kecik molek (iyer ye je aku nih)..yang menyimpan pelbagai maklumat tetapi seringkali terlupa dengan perkara-perkara yang mungkin remeh ataupun penting sebab individu ini tidak tetap pendirian dalam sesetengah perkara. Perkara ini kadangkala memberi kesan terhadap individu tersebut. Namun berdasarkan peratusan (yang aku hentam sendiri)..individu ini mudah didekati, disenangi oleh teman-teman kerana sikapnya yang terbuka dan sentiasa membantu.....

Buku 555 (3lima)
Individu yang boleh dikategorikan sebagai BUKU 555 ini mudah dikenali masyarakat sejagat kerana sikapnya yang agak mesra alam dan sedikit misteri. Selalunya orang2 ini (macam zodiak la pulak) berkemungkinan sentiasa akan berpakaian kemas atau pun ada juga subkategori yang berpakaian lusuh tak hengat2. Tapi jangan risau, walaupun golongan individu ini selalu buat anda/pasangannya susah hati, anda tak perlu takut atau curiga dengan keikhlasan hatinya sebab individu ini adalah jenis yang setia... (sebab setia mengunjungi kedai2 makan n mintak masuk bil dalam buku 555)

Ha, ni semua adalah hasil idea ntah hape2 tau, jangan korang rujuk kat mana2 buku motivasi pulak yer..heheheheh..


No comments:

Post a Comment