21 July 2007

:: JiKa aKu jAtUh CiNtA ::

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,
jika aku jatuhcinta,
jagalah cinta aku padanya agar tidak melebihi cinta ku pada-Mu..
Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu..
Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hati ku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu..
Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu..
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu jgnlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di seperiga malam terakhirmu..
Ya Allah,
jika kau jatuh hati pada kekasih-Mu,
jgnlah biarkan aku tertatihdan terjatuh dlm perjalanan panjangmenyeru manusia kepada-Mu..
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cintapada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-mu..
kukuhkanlah
Ya Allah,
ikatannya..kekalkanlah cintanya..tunjukilah jalan-jalanya..
penuhilahhati hati ini dgn NUR-MU yang tiada penah pudar..
lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakkal kepada-Mu Ya Allah....